AL-MIZI INDUSTRIES
Wednesday, November 22, 2017
pengenalan
AL MIZI INDUSTRIES
Perniagaan ini telah dimulakan secara kecil-kecilan dengan nama ATN Trading. Walaupun tanpa pengalaman yang mendalam dalam bidang pembuatan perabut, perniagaan ini telah mula mendapat permintaan daripada penduduk setempat. Perniagaan ini kemudian di tukar kepada nama baru iaitu AL-MIZI INDUSTRIES
Pada permulaan, pelanggan AL-MIZI INDUSTRIES terdiri dari kalangan guru-guru sahaja. Kualiti dan harga yang ditawarkan oleh AL-MIZI INDUSTRIES akhirnya telah berjaya menarik perhatian lebih ramai pelanggan. Skop pelanggan yang pada mulanya hanya pada guru-guru sahaja mula berkembang kepada penduduk sekitar Temerloh.
Hasil daripada perkembangan pasaran permintaan perabut di kalangan penduduk setempat telah menarik minat kontraktor-kontraktor di sekitar Temerloh untuk mula memberi kepercayaan kepada AL-MIZI INDUSTRIES untuk mula membekalkan perabut dan kabinet di sekolah-sekolah.
Kini, setelah lebih 10 tahun ditubuhkan, AL-MIZI INDUSTRIES terus berkembang dan menjad lebih matang sambil mengekalkan penawaran perkhimatan yang cemerlang kepada pelanggan.
Subscribe to:
Comments (Atom)
